Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Prosesor tablet terpantas

Prosesor tablet terpantas
Tablet yang dikatakan memiliki pemprosesan terpantas di dunia ini baru saja diperkenalkan oleh Asus. Tablet Android tersebut adalah Asus Transformer Pad Infinity, gajet Android pertama di dunia menggunakan prosesor NVidia Tegra 4.
Pemprosesan yang tersemat pada tablet ini adalah quad core ARM Cortex A15 dengan 72 core GPU berkelajuan 1.9GHz. Asus  mendedahkan pemprosesan kali ini dianggap sebagai pemprosesan yang paling pantas di dunia.
xpix_gal0.pagespeed.ic.KXWg9tQgCr
Tablet ini turut memiliki skrin IPS LCD berukuran 10.1 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel. Skrin dengan resolusi tinggi seperti ini juga boleh dijumpai pada telefon Nexus 10 dari Google.
Malah tablet ini juga turut dilengkapi dengan port USB 3.0 serta kamera 5MP di bahagian belakang. Seperti siri Transformer yang lain dari Asus, tablet ini juga dilengkapi dengan dock keyboard.
Menariknya, tablet ini juga mempunyai kemampuan untuk memainkan video 4K via port HDMI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...