Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Produk Baru: Laptop game kuasa tinggi

Razer memperkenalkan laptop game hebat, Blade Pro yang bersaiz 17 inci bersama antaramuka khas, Razer Switchblade User Interface (SBUI) yang membolehkan pengguna menukar perkakasan program, fungsi makro dan banyak lagi hanya dengan satu klik.
Lebih dari itu, laptop sama sudah lengkap dengan sokongan program seperti Adobe Photoshop dan Adobe Premiere Pro, Maya serta GIMP. 
Laptop yang menggunakan sistem operasi Windows 8 ini turut menggunakan khidmat pakar seperti penyanyi Afrojack yang bertanggungjawab memperkenalkan inisiatif muzik ‘dance’ elektronik (EDM) pertama untuk laptop. 

Peranti sama menggunakan sistem arkitektur grafi moden Maxwell melalui NVIDIA GeForce GTX 860M.
Foto

Razer Blade Pro akan menggunakan RAM sebanyak 16GB serta pemprosesan Intel Core i7 bagi melancarkan operasinya yang bersesuaian dengan status laptop terbabit.


SPESIFIKASI RAZER BLADE PRO: 

Harga: anggaran RM7573 
Antaramuka: SBUI 
RAM: 16GB 
Grafik: NVIDIA GeForce GTX 860M 
Kenipisan: 0.88 inci 
Berat: 2.97kg 
Saiz: 17 inci 
Audio: Dolby Digital Plus Home Theatre Edition
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...