Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Sah!!! MH370 Telah Dirampas… PM Dijangka Buat Sidang Media

Sah!!! MH370 Telah Dirampas… PM Dijangka Buat Sidang Media | Penyiasat telah merumuskan bahawa seorang atau lebih orang yang memiliki pengalaman menerbangkan kapal yang agak tinggi telah merampas (hijacked) kapal MH370, mematikan alatan komunikasi dan mengubah haluan kapal, menurut seorang pegawai Malaysia yang terbabit dalam siasatan itu, lapor Los Angeles Times dan Associated Press.

Tiada motif atau permintaan yang diketahui setakat ini dan tidak pasti secara tepat ke mana kapal berkenaan telah dibawa, kata pegawai berkenaan yang bercakap tanpa mendedahkan namanya kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Menurut pegawai berkenaan, rampasan kapal terbang bukan lagi setakat teori.

“Ia sudah tidak boleh disangkal,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan mengadakan satu sidang media khas sebentar lagi di KLIA.

Tidak diketahui apa kandungan sidang media berkenaan namun berkemungkinan untuk mengesahkan MH370 telah dirampas.

Buat pertama kalinya, bilik media telah diarah untuk dikosongkan bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, seorang pramugari yang sepatutnya bertugas dalam penerbangan MH370 tetapi tidak hadir untuk berkerja telah ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu.


Sumber mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...