Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Melawan Zombi Kilang Biskut

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/MelawanZombiKilangBiskut/Article?hm


Sebut saja komedi filem Melayu me­ngenai Zombi pasti semua akan tahu pengarahnya adalah Mamat Khalid. Jika sebelum ini dia pernah menerbitkan filem Zombi Kampung Pisang, kini Mamat tampil dengan buah tangan terbaru berjudul Zombi Kilang Biskut pula.
Dalam keyakinan terhadap peminat Zombi Kampung Pisang, Mamat turut mengekalkan beberapa pelakon sedia ada seperti Awie, Usop Wilcha, Sofi Jikan dan Man Kadir supaya pengikutnya terus ada biarpun mengakui Zombi Kilang Biskut satu karya yang berlainan.
Selain itu, filem ini turut menampilkan Delimawati, Shuk SYJ, Eina Azman dan Dayana Roza.

Walau bagaimanapun, Zombi Kilang Biskut sebenarnya adalah kesinambungan filem terdahulunya iaitu Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.
Foto
ANTARA babak di dalam filem Zombi Kilang Biskut.

“Saya sengaja ambil muka-muka baru terutamanya yang belum ada nama sebagai teraju filem ini supaya ia nampak lebih segar dan berbeza daripada filem-filem saya sebelum ini.

“Namun begitu beberapa watak lama yang ada dalam filem-filem sebelum ini seperti Pak Jabit, Husin, Usop dan Kak Limah masih dikekalkan,” katanya sewaktu ditemui selepas majlis pratonton filem Zombi Kilang Biskut, Selasa lalu.

Filem ini menjalani peng­gambaran di sekitar Kuala Kangsar, Perak dengan membabitkan kos sebanyak RM1.7 juta.

“Saya masih mengekalkan Kampung Pisang sebagai latar utama kerana tiga filem sebelum ini bertumpu kepada kemelut di kampung itu.

“Masih menumpukan masalah zombi dan kali ini ia berlaku di dalam kilang biskut pula. Saya harap kesinambu­ngan filem ini dapat memberikan kepuasan kepada penonton,’’ katanya.

Sementara itu, Awie berkata, watak Husin dalam filem ini berbeza daripada tiga filem lakonannya sebelum ini, yang mana dia merasakan kematangan watak berkenaan.

“Dalam Zombi Kilang Biskut, watak Husin banyak membabitkan aksi pergaduhan tetapi dalam bentuk komedi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Mamat kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mencorak aksi pergaduhan dan memberi tunjuk ajar kepada pelakon lain untuk melakukan aksi berkenaan,” kata­nya.

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai juruteknik selepas kecewa di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Wahab B, Pian dan Sofea. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang tempat mereka bekerja.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga turut didatangi hantu Kamariah yang ingin mencari Usop yang membunuhnya. Ramai lelaki yang menjadi korban Kamariah termasuk zombi, dalam usahanya mencari Usop.

Konflik ini mencetuskan huru-hara di Kampung Pisang dan keadaan bertukar menjadi kucar kacir selepas mereka mendapat tahu zombi mula menyerang.

Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama-sama berusaha menentang zombi, tetapi semasa mereka hendak me­nyerang zombi, mereka diserang pula oleh hantu Kamariah.

Apakah yang terjadi seterusnya. Adakah Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang mengganggu mereka?

Filem Zombi Kilang Biskut akan berada di pawagam bermula 20 Mac ini di 88 lokasi seluruh negara dan Brunei.

Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama-sama berusaha menentang zombi, tetapi semasa mereka hendak me­nyerang zombi, mereka diserang pula oleh hantu Kamariah.

Apakah yang terjadi seterusnya. Adakah Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang mengganggu mereka?

Filem Zombi Kilang Biskut akan berada di pawagam bermula 20 Mac ini di 88 lokasi seluruh negara dan Brunei.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...