Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Semak Keputusan SPM 2013 dengan SMS je!

SUMBER : http://www.cikgunaman.com/2014/03/semak-spm-dengan-sms-je.html

Mamat : Ak mls lah nak g amek resultz SPM

John : Lew...SMS jer lew!!

Perbualan di atas menggunakan bukan nama sebenar dan bukan bahasa rasmi.


Sungguh canggih sekarang ni, serba serbi mudah. Nak semak keputusan SPM pun boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Bagi yang ada masalah nak ke sekolah pada hari keputusan diumumkan boleh ambil langkah yang mudah untuk semak keputusan SPM masing-masing menggunakan khidmat SMS yang disediakan kerajaan.



Tarikh Keputusan SPM

Keputusan SPM bagi calon-calon tahun 2013 secara rasminya akan diumumkan pada hari Khamis ini iaitu 20/03/2014. Calon-calon boleh ambil keputusan SPM masing-masing di sekolah selepas pukul 10 pagi.

Semak Keputusan SPM menggunakan SMS


Nak semak menggunakan khidmat SMS senang sahaja. Berikut langkah-langkahnya:

Taipkan :

SPM<jarak>No.KP<jarak>ANGKA GILIRAN

dan hantar kepada 15888

Setiap SMS dikenakan cas penghantaran sebanyak RM0.15 manakala cas penerimaan RM0.20.


Berdebar-debar menanti keputusan SPM 2013

Bukan calon² SPM 2013 sahaja yang berdebar, kami guru-guru yang mengajar subjek SPM juga merasa debarannya. Macam saya sendiri, tahun 2013 merupakan tahun kedua ada calon² subjek Kimia di bawah saya sendiri. Pada tahun pertama iaitu calon-calon SPM 2012, peratus kelulusan adalah 100%. Jadi adakah rekod 100% ini dapat dikekalkan? Mudah-mudahan berjayalah dikekalkan. Harap² peratusan yang cemerlang juga meningkat.


Hala tuju selepas keputusan SPM 2013

Selepas keputusan sudah diketahui, semoga anak² lepasan SPM 2013 mempunyai hala tuju masing-masing, semestinya ke arah yang positif. Apa-apapun keputusannya, diharap masa depan yang cerah menunggu mereka-mereka ini. Mana tahu akan lahir mereka-mereka yang hebat dari kalangan lepasan SPM 2013 yang akan menjadi tunjang kepada negara nanti!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...