Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Kumpulan cerita-cerita hantu tempatan di Malaysia

BY : MUHAMMAD AFIQ AQIL BIN KAMARULL HISHAM (GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR TSK 2014)

Cerita 1 : Hantu Kak Limah

Zani pulang ke kampung halamannya setelah bertahun tinggal di negeri orang , tetapi dia mendapati kampungnya telah berubah , kedai kopi Afgan tidak lagi dikunjungi , jiran tetangganya langsung tidak bercakap apa-apa . Pada suatu malam , pintu rumah Zani diketuk bertalu-talu , Zani takut untuk buka pintu , tetapi akhirnya dia buka juga , alangkah terkejutnya Zani apabila semua orang kampung ada didepan rumahnya , mereka semua menjerit ‘SURPRISE’ , rupanya Kak Limah yang merancang untuk mengenakan Zani yang lama tidak pulang ke kampungnya sendiri , Zani terus berkata Hantu punya Kak Limah .

Cerita 2 : Awekku Pontianak

Pada malam itu , Rafi ingin keluar ‘date’ dengan aweknya , bernama Yaya , sepanjang masa ber’dating’ Yaya lansung tidak bercakap , Rafi juga perasan pakaian Yaya selekeh saja , Rafi endahkan saja kerana fikirkan Yaya sedang mengalami ‘sakit perempuan’ , tetapi semasa perjalanan menghantar Yaya pulang kerumah , Yaya berkata ingin melihat bintang dilangit diatas bukit ,Rafi ikutkan saja , apabila sampai ke destinasi , Rafi melihat sekeliling ,begitu sunyi ,Rafi ketakutan , tetapi ‘cover’ didepan Yaya , sedang asyik melihat bintang bersama Yaya , Yaya dengan tidak semena-mena senyum dan menunjukkan taringnya , Rafi menjerit sekuat hati , Yaya terus tergelak dan berkata itu ialah malam Hallowen .

Cerita 3 : Rumah Berhantu

Along pindah kerumah barunya , semasa Tuan rumah membawa Along pusing-pusing rumah itu , Along perasan ada seorang budak kecil bermain di taman permainan , Along endahkan saja , pada malam itu , Along terjaga dari tidur kerana ingin ke tandas , selepas menunaikan hajat , Along terus naik ke biliknya , tetapi budak yang Along nampak di taman permainan itu berdiri betul-betul diatas katil biliknya , Along terus bertanya budak itu , mana mak dan ayahnya , budak itu terus lari keluar dari bilik itu , Along mengejarnya , tetapi terkejut kerana budak itu berdiri sebelah dengan mayat seseorang , Along terus mengemas begnya dan keluar dari rumah itu maam itu jugak , rupanya , begitulah cara Tuan rumah itu mempopularkan ‘Rumah Berhantu’ itu , budak kecil itu rupanya anak Tuan rumah itu .

Cerita 4 : Hantu Hospital

Man bekerja sebagai ‘Security Guard’ di hospital , pada malam itu Man sedang dengar radio sambil membaca surat khabar didalam pondok pengawal , tiba-tiba Man ternampak kelibat seseorang  berdekatan Bilik Mayat , Man endahkan saja , hingga tepat pukul 12 Man harus meronda disekitar hospital , semasa sedang meronda , Man terdengar orang menangis dibilik mayat , Man terus pergi kebilik mayat untuk mencari bunyi itu , Man ternampak kelibat seseorang didepan pintu bilik mayat tersebut , Man terus menegurnya , rupanya orang itu ialah seorang pakcik , Man terus bertanya bagaimana dia boleh berada di situ dan mengapa dia menangis , apabila pakcik itu menoleh , rupa begitu buruk , kepalanya pecah menampakkan otak , Man terduduk kerana terlalu takut , dengan perlahan pakcik itu berkata , “Pakcik cari kedai , tapi semua tutup . Nak . Hulurlah kat pakcik rokok sebatang “ ,.

Cerita 5 : Kawanku Hantu


Harith dan Man kawan baik sejak kecil , mereka sekarang berumur 17 tahun , dan bakal mengambil SPM . Mereka mengambil tuisyen malam dimana agak jauh dari kawasan perumahan mereka , mereka pergi ke tuisyen menaiki motorsikal Man . Pada malam itu , semasa mereka baru balik dari tuisyen mereka , tiba-tiba Man berkata kepada Harith yang Man mahu mengambil jalan pintas , Harith berkata tidak mahu , Man berdegil mahu ikut jalan pintas juga , Harith ikutkan saja . Jadi Man menghidupkan motor dan terus menunggang dengan laju , Man bertanya tentang kerja sekolah pada Harih , tetapi tiada jawapan , jalan itu begitu sunyi , Man mula ketakutan , Man memaksa Harith untuk bercakap dengannya , tetapi masih tiada jawapan , jadi Man menoleh ke belakang  , alangkah terkejutnya Man apabla mendapati bahawa Harith tiada dibelakangnya . Dia terus memecut motorsikalnya kerana menyangka Harith ialah hantu , dia tidak sedar yang dia tinggalkan Harith di pusat tuisyennya . 

Cerita 6 : Isteriku Hantu


Seperti biasa Baap baru balik dari kerja dan terus berehat di ruang tamu . Isterinya datang dan bertanya jika Baap mahukan air . Baap minta supaya isterinya membuat air Teh . Isterinya turuti sahaja dan terus ke dapur . Hampir 10 minit , isterinya datang dan membawa air Teh dengan mi goreng . Baap yang lapar terus makan mi goreng itu dengan gelojoh . Isterinya terus masuk ke bilik tidur mereka . Baap pergi ke bilik air untuk mandi dan bersihkan diri . Apabila selesai Baap terus pakai kain pelekat dan masuk kebilik . Baap melihat isterinya yang sedang tidur , dan tiba-tiba Baap memeluk isterinya , dan mereka bersetubuh . Pada malam itu Baap betul-betul bahagia . Keesokan harinya , Baap mahu pergi ke kerja dan teringat tentang apa yang terjadi semalam dan terus ketakutan , kerana dia belum berkahwin , dan tinggal dirumah itu berseorangan . 


Cerita 7 : Isteri Berhantu


Setelah Akmal mengenali Izzan hampir 9 bulan , akhirnya Akmal mengambil keputusan untuk memperkenalkan Izzan kepada keluarganya di kampung . Pada petang itu Akmal membawa Izzan minum petang di gerai , dan memberitahu Izzan tentang rancangan dia untuk membawa Izzan ke kampung Akmal untuk memperkenalkan kepada keluarga Akmal . Izzan bersetuju . Setelah mereka mendapat cuti , mereka pun bergerak pergi ke Johor , kampung halaman Akmal . Sepanjang perjalanan Akmal berasa tak sedap hati , dia banyakkan mengucap dan beristighfar . Apabila sampai halaman kampungnya , perasaan takut itu semakin memuncak , tapi Akmal endahkan saja . Masuk saja kerumah keluarga Akmal , pisau dan periuk berterbangan ke arahnya , rupanya Akmal sudah beristeri , iaitu Min , Min yang sedang marah bagai dirasuk hantu terus mengejar Akmal , betapa kecewanya Izzan .


Cerita 8 : Kereta Berhantu


Hafis dalam perjalanan pulang selepas menghantar  isterinya pulang ke kampung kerana mengandung . Hafis tak dapat menjaga isterinya kerana terlalu sibuk untuk membuat persiapan menyambut anak sulungnya . Sampai sahaja ke Lebuh Raya Karak , tiba-tiba sahaja kereta Hafis rosak dan mati ditepi jalan , jalan itu begitu sunyi dan sepi , tiada kereta lansung melintasi jalan itu . Hafis ketakutan , seorang sahaja orang yang terlintas difikirannya untuk dia hubungi , isterinya . Kerana malam sudah lewat , isterinya menjawab panggilan sedikit lambat , setelah isterinya menjawab , Hafis memberitahu isterinya tentang keretanya mati di kawasan berhantu . Isterinya mengeluh dan terus berkata bahawa bukan kawasan itu yang berhantu , tetapi kereta itu , kerana kereta itu sudah berumur hampir 30 tahun , Hafis terus menjeliran lidahnya dan menampar dahinya .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...