Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Cerita-cerita Karut Tempatan

Cerita 1 : Kucing Hitam

Pada suatu hari di Kampung Daun Pisang, seorang bomoh lelaki meninggal dunia dan sedang menuggu imam unuk disembahyangkan . Di kampung itu , terdapat kepercayaan , jika hari itu terdapat seseorang meninggal dan kita melangkah kucing hitam pada hati tu juga , maka mayat orang itu akan hidup semula . Semasa menunggu imam untuk datang sembahyangkan bomoh itu , seorang daripada anak perempuannya yang baru balik dari Kuala Lumpur kerana bekerja secara tak sengaja melangkah kucing hitam . Tiba-tiba mayat bomoh itu hidup semula ! Semua orang kampung lari bertaburan .  Sehinggakan yang melompat daripada tingkap . Imam yang datang pelik kerana tinggal jenazah seorang .

Cerita 2 : Burung Hantu

Di Kampung Sehijau Daun , terdapat kepercayaan jika burung hantu berbunyi didepan rumah seseorang , maka salah seorang dalam rumah itu akan meninggal . Pada suatu hari , Pak Long baru balik daripada masjid selepas menunaikan sembahyang Isyak . Betapa marahnya Pak Long melihat burung hantu bertenggek di depan rumahnya . Dengan pantas Pak Long mengambil batu , dan membaling batu itu ke arah burung hantu itu . Salah satu batu itu terkena burung hantu itu , dan burung hantu itu mengeluarkan bunyi seperto kesakitan dan terus terbang daripada tempat itu . Keesokan harinya Pak Long didapati meninggal dunia oleh anaknya . 

Cerita 3 : Maghrib

Selalunya orang-orang tua pasti menyuruh anak mereka balik pada waktu maghrib dan jika anak mereka degil , mereka akan cakap Hantu Kopek berkeliaran pada waktu maghrib . Anak-anak mereka yang kecil pasti takut dan masuk rumah . Pada satu hari , Man yang berumur 7 tahun bermain bersama rakan sebayanya di padang , apabila waktu menunjukkan pukul 7 petang , kesemua budak itu balik kerumah , kecuali Man . Dia terus bermain seorang diri . Tiba-tiba datang seorang wanita cantik membawa mi goreng dan air susu , dan memberikannya kepada Man . Man yang kelaparan terus minum  air susu itu dan makan mi goreng itu , wanita itu mengajak Man kerumah untuk makan lebih banyak . Man turuti sahaja . Semenjak hari itu tiada sesiapa pernah melihat Man lagi .

Cerita 4 : Penanggal

Kemungkinan ramai daripada kita tahu , bahawa penanggal adalah ilmu hitam yang dipelajari oleh manusia yan jahil . Dan orang yang mengamalkan penanggal takkan pernah menunjukkan lehernya kepada sesiapa . Pada suatu hari di Kampung Pinang Hitam , terdapat seorang makcik baru bepindah ke kampng itu . Tetapi dia tidak pernah menegur sesiapa . Dia sentiasa menyendiri . Orang kampung endahkannya sahaja . Pada awalnya , segalanya seperti biasa , sehingga suatu hari Mak Minah meninggal kerana darahnya kering . Orang kampung tidak syak apa-apa , sehinggalah perkara sama terjadi lagi padaMak Cik Siti . Orang mula berkawal untuk menjaga ketenteraman . Tiba-tiba orang kampung nampak kepala terbang masuk kerumah makcik yang beru berpindah itu . Terus semua orang kampung menghalau makcik itu daripada kampung itu .

Cerita 5 : Kum Kum

Hantu Kum-Kum , siapa yang tak tahu tentang hantu ini kan ? Kampung Ulu Bendul , pernah terjadi kejadian hantu kum-kum . Pada suatu malam , Aizat baru lepas melepak dengan kawan-kawannya . Pada masa itu , waktu menunjukkan jam 12.10 malam . Aizat melalui kubur lama , tetapi Aizat seorang yang berani , dia teruskan berjalan dan sampa kerumah pada pukul 1.00 pagi . Dia tinggal berseorangan . Sedang dia leka mengelamun , pintu rumahnya diketuk dan seseorang memberi salam dengan suara yang agak pelik , ‘Assalamualaikum kum kum kum….’ . Dia terus membuka pintu tetapi tiada sesiapa . Dia menyangka itu khayalan dia kerana terlampau letih . Tetapi ia terjadi lagi . Tetapi Aizat endahkan saja . Sehinggalah kali ketiga , seseorang memberi salam lagi . Aizat terus membuka pintu . Didepannya berdiri seorang perempuan mendukung seorang anak , dia meminta segelas air . Aizat yang kesian melihatnya terus mengambil air didapur . Apabila dia kedepan semula ,tiada sesiapa disitu . Keesokan harinya dia teringat , muka perempuan itu sama dengan tuan punya ruah itu yang meninggal 10 tahun dulu .

Cerita 6 : Bunian


Amir , Kamal , serta Jamal adalah kawan baik . Satu hari mereka pergi berkemah . Sepanjang perjalanan Amir mengalami mimpi yang agak aneh , di mana dia berjumpa seorang perempuan yang amat cantik . Setelah mereka sampai ke destinasi , mereka terus memasang kemah dan berehat di tepi air terjun . Suasana disitu amat tenang . Tetapi Amir tak dapat melupakan wajah wanita di dalam mimpinya itu . Amir telah jatuh cinta pada wanita itu . Amir cerita mimpinya itu pada Jamal serta Kamal , tetapi mereka tergelakkan Amir , Amir yang begitu marah terus berlalu pergi dari situ . Amir jalan berseorangan di dalam hutan yang amat tebal . Setelah lama berjalan barulah Amir perasan yang dia telah tersesat . Kamal dan Jamal menyesal dengan apa yang mereka lakukan pada Amir . Mereka terus mencari Amir . Ketika Amir sedang memikirkan cara untuk keluar dari hutan itu , dia ternampak wanita di dalam mimpinya , dia terus mengikut wanita itu . Semenjak hari itu tiada sesiapa berjumpa dengan Amir semula , tetapi Amir telah berbahagia dengan isteri buniannya . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...