Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

20 Larangan ketika melakukan hubungan seks di dalam Islam


Berhubungan berjimak suami istri harus dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang dibolehkan dan ada waktu – waktu yang dilarang untuk melakukan hubungan jimak suami istri. Hal ini disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan bernilai pahala.

Adapun Hadis Rasulullah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjima yaitu:

1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan istri mu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahan nya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah swt. mengaruniakan kepada kamu berdua anak karena jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

 - See more at: http://lmmerah.blogspot.com/2014/03/20-larangan-ketika-melakukan-hubungan.html#sthash.ifHjfqQj.dpuf

Tutorial Cara Nak Format Laptop / Pc Menggunakan USB @ Pendrive








Assalamualaikum dan salam sejahtera,


First time buat blog,Saya nak berkongsi cara nak format menerusi PENDRIVE..ianya lagi mudah dan efektif. cara format PC/LAPTOP/NETBOOK tetap sama cuma medium kite tukar daripada penggunaan CD DVD kepada PENDRIVE.


Kelebihan PENDRIVE

  • Kecil dan senang dibawa.
  • Beli pendrive saiz besar boleh dimuatkan sekali dengan software aplikasi lain.

Keperluan:

  • USB Flash Drive (Minimum 4GB)
  • ISO windows 7 download here
  • Windows 7 USB/DVD download here
  • BIOS motherboard laptop/pc yang hendak diformat mestilah support usb boot


Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghasilkan 

bootable Windows 7/Vista drive dalam pendrive.

  1. Install Windows 7 USB/DVD download tool dahulu pada komputer rakan.
    [Image: Windows 7 USB/DVD Download Tool installation]
LANGKAH 2: menghasilkan bootable Windows 7/Vista  USB or DVD
  1. Buka Windows 7 USB/DVD Download Tool, click pada “Browse” button dan pilih di mana anda menyimpan ISO windows 7.[Image: Browse to Windows 7 ISO]
  2. Pilih USB device kerana anda menggunakan pendrive.
    [Image: Select your media type]
  3. Klik Begin copying.
    [Image: Insert your USB stick or DVD and click on Begin copying]
  4. Tunggu sehingga selesai menghasilkan bootable Windows 7.
[Image: Windows 7 USB Download tool creating a bootable Windows 7 ISO]
Selesai untuk  menghasilkan bootable Windows 7/Vista

Next step ialah korang perlu restart komputer dan masuk kedalam BIOS dengan menekan butang f2 / f10 dan setkan USB Device kepada urutan pertama/first boot device. Save setting dan exit.
1.Tunggu windows meloading files.

2.Starting Windows.


3.Klik Next.
 4.Klik Install Now.

  
5.Tunggu..
6.Klik accept dan Klik Next.
7.Pilih Custom Advanced kerana anda mahu Format windows asal anda yang ada pada partition Local Disk C.
8.Pilih partition yang anda nak format maksud saya partition yang mengandungi file windows asalanda.Seperti di gambar partition yang mengandungi file windows asal adalah Partition 2 bersamaanLocal Disk C.Klik Drive Option dan Klik Format dan Next.

(PERHATIAN!!:Pastikan anda memilih partition yang betul kerana jika anda mempunyai lebih dari satu partition boleh mengakibatkan kekeliruan dan akan tersalah format.)

 9.Ha bab ni yang berjanggut nak tunggu.Pada sesiapa yang merokok,mungkin anda boleh kehabisan satu kotak rokok semasa menunggu proses ini.hehe.Proses ini juga akan membuat laptop/PC andarestart berulang kali.Jadi sabar ye.
10.Ini paparan semasa windows dah nak complete Installation. Tengok aje la gambar-gambar di bawah ini.



 11.Setkan nama User Account anda.
 12.Set Password jika perlu.
 13.Klik Use Recommended Setting.
14.Setkan Network yang anda mahukan. 


15.Selesai Proses tetapan
 16.Tunggu sehingga Windows memaparkan Desktop anda.


Selesai sudah  tutorial mengistal  Windows menggunakan pendrive.Tetaapi masih,banyak lagi kerja yang perlu anda lakukan selepas proses format ini seperti menginstall driver,software dan update windows anda.

Jadi sampai disini sahaja tutorial ini.Jika ada sebarang kekeliruan dan masalah,sila tinggalkan pertanyaan anda pada ruangan komen di bawah.Insyaallah Amy akan membantu anda selagi termampu.sekian terima kasih :)


Download Windows 7 Loader (untuk activate windows):

Kehebatan Doa

Sabda Rasulullah s.a.w : “Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat” (Ad-Dailami)
KEHEBATAN DOA…
Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;
“Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, menga…pa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.
“Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.
“Lalu, bagaimana Engkau memaku bu
mi Wahai Rabb?” Tanya malaikat lagi.
“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?” Tanya malaikat.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?” Sambung malaikat.
“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus.” Jawab Allah lagi.
“Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?” Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku.” Demikian Allah SWT menjelaskan..
Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!
Sumber: Hadis Qudsi

Lebih 4.2 Juta PlayStation 4 Telah Terjual Sehingga Penghujung 2013 Lepas

Sony telah memperkenalkan konsol permainan mereka pada penghujung tahun lepas, dan turut telah mula menjual Sony PlayStation 4 di Malaysia bermula 20 Disember yang lepas.
PlayStation 4
PlayStation 4 membawakan pelbagai perubahan, termasuk dari segi spesifikasi, sokongan permainan, dan rekabentuk konsol tersebut sendiri.
Mengambil pentas utama di CES 2014 hari ini, pihak Sony berkongsi angka statistik semasa untuk jualan PlayStation 4, dimana menurut mereka sebanyak lebih 4.2 juta PlayStation 4 telah terual sehingga penghujung tahun lepas.
Mungkin Hari Natal memainkan salah satu peranan penting untuknya, dan tidak mustahil untuk angka jualan PlayStation 4 terus meningkat dengan drastik pada tahun ini.

Lelaki cedera ambulans terbabit kemalangan

Oleh Shamsul Munir Safini
KANGAR: Seorang lelaki berusia 50-an yang juga waris kepada seorang pesakit sawan patah kedua belah tangan selepas ambulans dinaiki bersama empat yang lain terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kangar-Alor Setar berdekatan Sekolah Menengah Syed Alwi di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Dalam kejadian berkenaan, ambulans daripada arah Impang Empat itu merempuh bahagian kiri belakang sebuah kereta jenis Proton Iswara daripada arah Utan Aji yang tidak berhenti ketika melalui persimpangan berkenaan. 
Akibat rempuhan berkenaan ambulan dinaiki mangsa melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh pokok di bahu jalan raya. 

Pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Foto

Gambar-gambar Pelik Yang Kita Tidak Pernah Jumpai

Selamat datang ke blog memang gempaq.Inilah sedikit perkongsian dari admin gambar-gamar agak pelik yang kita tidak pernah tengok















Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

 
Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). 

Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.

Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa? Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). 

Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. 

At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163) Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. 

Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik. Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka. 

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air. 

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi -

Google Malaysia Kena Hack Kali ke-2


Rasmi Google Malaysia ( www.google.com.my) digodam lagi dengan kata lain di hacked oleh orang atau kumpulan yang mungkin ada agenda tersendiri atau mungkin tak ada kerja lain kot. Ini dah kira kali kedua Google Malaysia kena hacked sebelum ni awal bulan Julai time bulan puasa kalau tak silap tapi tu Bangladesh mali ni Pakistan pulak. Adakah keselamatan sesawangan google.my ni lemah atau hackers ni lagi genius. Harap2 google dapat tingkatkan firewall diorang..

Google Malaysia kena hack



Google Malaysia kena hack. Dah banyak kali try masuk google search under google.my. Tapi, tak boleh jugak. Ingatkan line internet yang problem. Yang peliknya, buka website lain ok je. Online Facebook, tengok kawan-kawan post gambar macam kat atas ni. Baru tahu, google under Malaysia kena hack rupanya..sebab tu la tak boleh nak access.. " https://www.google.com/my "

MASSTUBE 12.0.0.277 BETA 6 [POWERFUL VIDEO DOWNLOADER]

Masstube
MassTube is a handy and powerful tool to download videos from YouTube. MassTube is a powerful application that allows you to download, through your favorite browser, videos from YouTube, including HD (720p), Full HD (1080p), Ultra HD (4096p), Vevo, Age Blocked and other login skip content.
Features:
Download with a single click.
Supported videos: YouTube, Vevo, Age Blocked content (without YouTube login) and more.
Supported formats: MP4, 3GP, FLV and WebM.
Supported resolutions: 144p, 240p, 360p, 480p, HD 720p, Full HD 1080p, Quad HD 1440p and 4k 3072p/4096p.
Designed for XP, Vista, 7 and 8/8.1.
Integrated history manager.
Much more!
Requirements:
Windows 2000/XP/Vista/7/8.
Internet connection.
YouTube video links.
Changes in v12.0.0.277 Beta 6: (January 02, 2014):
Added preliminary support to download the longest videos on YouTube (up to 10 hours and more!). You can test it with these long duration videos: http://www.youtube.com/results?search_qu…&lclk=long
Added preliminary support to download videos on YouTube over 2 GB!…See More
Screenshot:
Home page : http://www.masstube.cl/

Sumber : rc.my [shadowmacx]

HACK MASA DI CYBERCAFE


[Amaran! Educational Purpose Only!]
Assalamualaikum..
Cara untuk hack CC main tanpa had masa ni bukan la susah sangat. Tidak semua CC boleh buat hack ini kerana bukan semua CC pakai software yang sama.Hanya 80% cc saja boleh guna cara dibawah . Keh3..Ok tanpa buang masa kita ke langkah2 hack cybercafe:)
 
Step 1.Korang buka command prompt (start>run>cmd)
Step 2.Pastu dah buka cmd korang taip cd\windows
Step 3.Pastu taip Regedit
Step 4.Oke Sekarang korang pergi cari 
HKEY_CURRENT_USER>Appevents>software>classes>microsoft>windows>current
 
version>internet settings>policies>system
Step 5. Korang cari Disable Task manager rightclick on kan scroll bawah pastu bagi value dia 0
Step 6.Pastu korang open task manager  (CTRL+ALT+DELETE)
Step 7. Korang disable Internet cafe Timer.
 
Settle.. Korang bleh try..
 
 
Cara Ke 2
 
Korang boleh juga hack pakai software contohnya GVR.. korang download kat
link Admin bagi.
 
 
Step 1. Lepas korang dah download korang extract dan install( xyah runsing ringan je software ni keh3.. )
 
Step 2.Pergi kat tool>kill all process …
 
 
Step 3.Pastu da ikut step 2 korang pergi semula di tool>registry repair  (tunggu sampai habis repair)
 
 
pastu tutup.. Mudah kan?? :) 
 
 
 
Selamat mencuba.. !
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...