Apa istimewanya gadis Melayu sehingga sentiasa menjadi tatapan dan idaman kalbu para jejaka? Apabila ditanyakan kepada teman-teman sepejabat dan rakan-rakan di gelanggang Muay Thai, pantas tersenyum nakal apabila disebut perkataan Gadis Melayu. Ada apa dengan gadis Melayu, wahai cik abang?
Badan Melentik
Perasan atau tidak gadis Melayu miliki bentuk badan macam kerengga. Ramping dan "berisi" di tempat yang betul. patutlah cantik sahaja kalau berkebaya!
Manja
Setiap kali ditanyakan personality gadis Melayu yang disukakan, mesti manja macam Nora Danish menjadi sebutan bibir para jejaka. Memang lumrah wanita Melayu bersifat lembut dan manja, manja dari segi gaya percakapan dan manja lagi dari segi layanan.
Malu Tapi Mahu
Gadis Melayu juga terkenal dengan ciri pemalu. Kalau bercakap, mesti berlapik. Sejuk hati abang tengok si gadis idaman miliki sifat pemalu.
Cun
Mata besar, hidung mancung dan kulit cerah, Matsalleh yang datang berkunjung ke Malaysia selalu samakan wanita Melayu dengan gadis Latina. Hakikatnya gadis Melayu nampak jelita semacam kerana kebanyakannya miliki darah kacukan bahagian benua Timur Tengah contohnya sahaja seperti Neelofa dan Izara Aishah.
Bersih
Ada juga yang memberi komen bahawa gadis Melayu ini bersih. Mungkin kerana amalan permakanan jamu seperti saudara serumpun, gadis-gadis dari Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan