Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union

DARI http://mobilityworlds.com/cara-cashout-google-adsense-melalui-western-union

Adakah anda memiliki akaun Google AdSense? Jika YA, dan anda aktif berblog semestinya pendapatan Google AdSense anda semakin bertambah dan bakal mencecah angka minimum $100 untuk pengeluaran. Perkara yang bakal anda fikirkan ialah cara macamana nak keluarkan pendapatan AdSense? Nak guna cek atau Western Union? Menerusi post ini saya akan kongsikan Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union.
Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union
Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union

Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union

PENTING : Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan menetapkan Payment Setting ke Western Union Quick Cash di akaun Google AdSense (Account Settings).

Persiapan Sebelum Ke Bank atau Pejabat Pos

  • Photostat salinan kad pengenalan (depan & belakang)
  • Print out atau capture salinan Statement of Earnings (yang diterima dari Google AdSense)
Statement of Earnings
Statement of Earnings

Cara Pengisian Borang Penerimaan Wang / To Receive Money

Pengisian borang Penerimaan Wang atau To Receive Moneytidak sesukar mana tetapi borangnya adalah berbeza mengikut tempat. Sejujurnya, pengisian borang di pejabat pos adalah lebih mengelirukan berbanding borang dari bank.
Pada hari Isnin (29 Oktober 2012), buat pertama kalinya saya melakukan cashout Google AdSensemelalui Western Union di bank (Bank Rakyat), kebiasaannya dibuat di pejabat pos sahaja. Dipendekkan cerita, semasa mengisi borang di pejabat pos, waktu lunch break, kaunter yang dibuka hanya satu manakala pelanggan yang menunggu cukup ramai… dan teringat pula kisah saudaraJuan (WanWidget)  yang pernah melakukan pengeluaran wang Google AdSense (Western Union) di Bank Rakyat. Terus keluar pejabat pos dan menuju ke Bank Rakyat…
Berbalik kepada topik asal, dapatkan borang Penerimaan Wang atau To Receive Money (Western Union – berwarna kuning) dan lengkapkan maklumat di bahagian Penerima /Receiver danPengirim / Sender.
Borang Penerimaan Wang Western Union
Borang Penerimaan Wang Western Union
  • Paling penting, pastikan anda lengkapkan bahagian Pesanan Dari Pengirim / Message From Sender dan Nombor Kawalan Pindahan Wang /MTCN sepertimana dalam imej di atas. Kedua – dua maklumat ini ada di Statement Of Earnings.
  • Bahagian Jumlah Dijangka (RM) / Amount Expected (RM) – anda hanya perlu darabkan dengan 3. Cth : ( $100 x 3 = RM300.00 ). Ini bukannya mandatori, pihak bank akan kemukakan jumlah sebenar berdasarkan kadar tukaran wang asing semasa.
Diharapkan, melalui perkongsian Cara Cashout Google AdSenseMelalui Western Union ini dapat membantu dan memudahkan rakan – rakan blogger yang masih keliru tentang pengisian borang Western Union.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...