Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Tip Tanaman

-->

‘Natural Farming’ (NF) merupakan salah satu kaedah Pertanian secara mampan dengan menggunakan sumber semulajadi yang berada di sekeliling kita seperti mikroorganisma, enzim serta baja hasilan daripada tumbuhan dan haiwan.
Kebaikan ‘Natural Farming’ (NF) adalah untuk menghasilkan makanan yang selamat, mesra alam, menggunakan sisa-sisa bahan makanan serta menyuburkan tanah.

5 Jenis baja cecair ‘Natural Farming’ (NF) iaitu:
         i.            Baja Hijau
       ii.            Baja Buah-Buahan Masak
      iii.            Baja Berasaskan Ikan
     iv.            Baja Berasaskan tulang
       v.            Baja Berasaskan Kulit Telur/Kerang/Siput

Kaedah membuat Baja Cecair Hijau :
1.       Potong 1 kilogram tumbuhan/buah hijau (kangkung/batang pisang/buah muda)
2.       Campurkan 1 kilogram gula merah
3.       Tutup dengan kertas putih dan ikat
4.       Peram selama 7 hari
5.       Tapis untuk dapatkan cecair baja
6.       Ambil 1 sudu besar cecair baja dan campur ke dalam 5 liter air
7.       Siram pada tanaman.

Kaedah membuat Cecair Buah-Buahan Masak:
1.       Potong 1 kilogram buah-buahan yang masak
2.       Campurkan 1 kilogram gula merah
3.       Tutup dengan kertas putih dan ikat
4.       Peram selama 7 hari
5.       Tapis untuk dapatkan cecair baja
6.       Ambil 1 sudu besar cecair baja dan campur ke dalam 5 liter air.
7.       Siram pada tanaman

Kaedah membuat Baja Cecair Berasaskan Ikan :
1.       1 kilogram ikan/sisa ikan
2.       Campurkan 1 kilogram gula merah
3.       Tutup dengan kertas putih dan ikat
4.       Peram selama 14 hari
5.       Tapis untuk dapatkan cecair baja
6.       Ambil 1 sudu besar cecair baja dan campur ke dalam 5 liter air
7.       Siram pada tanaman

Kaedah membuat Baja Cecair Berasaskan Tulang:
1.       Bakar tulang
2.       Campurkan 100 gram tulang bakar dengan 1 liter cuka
3.       Tutup ketat dengan penutup bekas
4.       Peram selama 30 hari
5.       Tapis untuk dapatkan cecair baja
6.       Ambil 1 sudu besar sudu cecair baja dan campur ke dalam 10 liter air
7.       Siram pada tanaman

Kaedah membuat Baja Cecair Berasaskan Kulit Telur/Kerang/Siput:
1.       Bakar kulit telur/kerang/siput
2.       Campurkan 100 gram Kulit Telur/Kerang/Siput bakar dengan 1 liter cuka
3.       Tutup ketat dengan penutup bekas
4.       Peram selama 30 hari
5.       Tapis untuk dapatkan cecair baja
6.       Ambil 1 sudu besar sudu cecair baja dan campur ke dalam 10 liter air
7.       Siram pada tanaman


Kawalan Perosak Tanaman Dengan Menggunakan Kaedah Natural Farming (NF) :
KAWALAN HAMAMA DAN AFID
·         10-12 biji cili api
·         Kisar dan tapis
·         Campur sehingga 1 liter air
·         Sembur pada bawah daun pada tengahari

KAWALAN LALAT PUTIH (MEALYBUG)
·         1 ulas bawang putih
·         Kisar dan tapis
·         Campur sehingga 1 liter air
·         Sembur pada kawasan serangan pada waktu pagi

KAWALAN KUTU DAUN
·         10 gram sabun mandi
·         Campur dengan 1 liter air dan masak hingga larut
·         Tambahkan 10 liter air ke dalam larutan
·         Ambil 1 sudu besar larutan dan campur ke dalam 5 liter air
·         Sembur kawasan serangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...