Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Dap Angkat Tinggi Orang Melayu Yang Mahu Hapuskan Institusi Raja, Hak Istimewa Orang Melayu

KOTA BAHRU, 14 Okt – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan kontrak sosial yang telah disepakati dan dipersetujui oleh kepimpinan Melayu, Cina dan India ketika di awal pembetukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, demikian tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, formula pembentukan negara dan juga perlembagaan yang ada di Malaysia hari ini akan terus dipertahankan kerana kemerdekaan serta nikmat yang dikecapi oleh rakyat berbilang kaum di negara ini adalah berasaskan perkara tersebut.
“Kita tetap akan menerangkan kepada rakyat formula pembetukan negara bangsa dan perlembagaan yang ada sekarang ini dan sosial kontak yang ada sekarang ini akan tetap kita pertahankan.
“Kita akan berikan kefahaman kepada rakyat bahawa negara ini terbentuk berasaskan Islam sebagai agama Persekutuan dan kita membenarkan agama-agama lain untuk diamalkan. Begitu juga dengan bahasa. Bahasa lain boleh dipertuturkan tetapi bahasa rasmi negara ini mestilah bahasa Melayu.
“Sejahteranya Malaysia setakat ini adalah berdasarkan kepada prinsip ini. Orang Islam dan bukan Islam hari ini terbukti hidup aman di bawah prinsip ini,”jelasnya kepada pemberita di sini hari ini setelah selesai menjadi ahli panel dalam program Perjuangan 4All bersama guru-guru di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bertempat di Kota Bahru.

Beliau seterusnya berkata, mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu itu merupakan sebahagian daripada perjuangan utama UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan kerajaan BN di negara ini.
“Kini ada segelintir dari orang Melayu yang cuba mahu mengelirukan rakyat berhubung perkara-perkara asas tersebut. Orang-orang seperti inilah yang menjadi makanan kepada Dap. Bila ada orang Melayu yang bercakap untuk menghapuskan institusi Raja-Raja, Dap akan besarkan kedudukannya, beri pangkat dan berikan gaji pada orang seperti itu.
“Bila ada orang Melayu kata, negara ini patutnya bebas dan boleh mengamalkan LGBT, Dap akan angkat mereka pada kedudukan yang tinggi. Ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa Dap memusuhi Islam. Bila ada orang Melayu yang membuat sesuatu yang bercanggah dengan agama, mereka akan angkat untuk diberikan kedudukan yang tinggi.
“Dalam soal menghapuskan Raja-Raja, ia bukan soal individu Raja itu sendiri tetapi ia adalah soal institusi itu sendiri. Raja-Raja itu adalah lambang perlindungan bagi umat Islam sejak zaman berzaman. Kita tetapkan kedudukan Raja-Raja sebagai pelindung agama, jadi jika ada pihak yang mahu menghapuskan institusi Raja-Raja ia bermakna mereka mahu menghapuskan kedudukan agama Islam di negara ini,” tegasnya.
Beliau mengakui bahawa perkara ini merupakan satu cabaran yang besar buat UMNO dan juga umat Islam di negara ini dan ianya bukan soal memenangi pilihan raya semata-mata.
“Soal yang lebih besar sekarang ini ialah apa akan jadi kepada agama kita, kepada bangsa kita dan apa akan jadi kepada negara kita. Seperti yang selalu saya katakan bahawa orang Melayu menubuhkan parti politik adalah kerana soal agama dan bukan kerana soal bangsa semata-mata.
“Jadi semua perkara ini dapat kita pertahankan jika kuasa itu kekal di tangan kita. Jadi kalau solidariti Melayu dapat diperkukuhkan di atas dasar kefahaman ini maka dengan sendirinya kita akan menjadi kuat untuk terus memelihara hak-hak orang Melayu di negara ini,” ujarnya lagi.-MediaUMNO

http://www.umno-online.my/2017/10/14/dap-angkat-tinggi-orang-melayu-yang-mahu-hapuskan-institusi-raja-hak-istimewa-orang-melayu/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...