Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

YUSOF HASLAM LEGA KL GANGSTER 2 KUTIP RM5 JUTA

yusof haslam lega kl gangster 2 kutip rm5 juta
KUALA LUMPUR, 25 OKT 2013: Penerbit filem, Dato` Yusof Haslam lega apabila filem arahan anaknya, KL Gangster 2 berjaya mengutip sebanyak RM5 juta meskipun berhadapan dengan isu penyebaran Internet dan cetak rompak sebelum ini.
Malah bagi Yusof, ianya merupakan satu rahmat buat filem arahan Syamsul Yusof itu walaupun telah kehilangan 70% penonton gara-gara insiden tersebut namun dia tetap bersyukur ia masih mendapat perhatian daripada peminat setia filem berkenaan.
Menerusi laporan mStar Online, Yusof, 59, sebelum ini bagaimanapun tidak berharap tinggi gara-gara penyebaran filem itu di Internet dan mensasarkan kutipan sekitar RM1 juta sahaja tetapi atas sokongan peminat tempatan, kutipan di panggung berjaya mencecah RM5 juta.
"Ia satu kejayaan juga buat Skop Production dan sokongan daripada penonton dan peminat setia filem ini amat saya hargai," katanya.
Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, walaupun penjualan tiket di beberapa negeri di Utara dan Pantai Timur agak lembap namun beliau memberitahu jumlah penonton yang tinggi di Lembah Klang telah menjadi penyelamat kepada karya tersebut.
Dalam pada itu, Yusof masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penyebaran filem berkenaan sebelum ini.
Jelas Yusof, sehingga kini kedua-dua pihak tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan yang dibuat walaupun telah beberapa kali beliau bertanya mengenainya.
Yusof dengan nada terkilan berkata dia kecewa apabila perkara ini dipandang remeh kerana ia bukan hanya mengenai filemnya tetapi siasatan itu perlu dibuat bagi memberi jaminan bahawa kejadian menimpa syarikat produksinya tidak akan berulang kepada penerbit lain.
KL Gangster 2 yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof telah menelan belanja sebanyak RM4.5 juta untuk dihasilkan.
 Ia telah ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...