Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

BELUM PULIH DENGGI, PERNIKAHAN SYAMSUL TETAP DITERUSKAN

belum pulih denggi pernikahan syamsul tetap diteruskan

KUALA LUMPUR, 7 MAC 2014: Walaupun keadaan kesihatan pengarah filem popular Syamsul Yusof masih belum pulih, namun perkahwinannya dengan aktres Puteri Sarah Liyana tetap akan diteruskan.
Bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi memberitahu, Syamsul akan dibawa keluar dari hospital untuk melangsungkan majlis pernikahannya esok.
“Kami telah meminta keizinan doktor untuk membawa keluar Syamsul awal pagi esok, bagaimanapun ia bergantung kepada kesihatan dia.
“Kalau dia terus lemah, kemungkinan besar ia terpaksa ditangguhkan juga dan kita tak boleh buat apa-apa. Kita akan patuhi arahan dan nasihat doktor. Bagaimanapun, Syamsul akan dimasukkan ke wad semula selepas majlis selesai.
“Perbincangan dengan keluarga pihak perempuan telah dibuat, mereka juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya pagi tadi.
Menurutnya lagi majlis tersebut akan diteruskan atas kemahuan Syamsul sendiri.
“Syamsul yang inginkan pernikahan ini diteruskan juga. Dia tak mahu tangguh-tangguh lagi. Keputusan itu dia sendiri yang buat.
“Lagipun kata Syamsul dia bimbang kalau majlis esok ditangguhkan, ia akan merumitkan lagi keadaan dan menyukarkan banyak pihak contohnya seperti jurunikah yang telah pun menyusun jadualnya untuk pernikahan ini.
Takut nanti kalau nak ditukarkan ke tarikh lain, jurunikah pula akan ada hal dan ianya akan tertangguh lagi.
“Atas sebab kesihatan, majlis resepsi sebelah perempuan akan ditangguhkan pada hujung bulan ini,” katanya.
Tambah Datuk Yusof, dia berharap agar majlis pernikahan anak sulungnya itu dapat dilangsungkan esok.
“Kalau boleh, biarlah majlis berjalan lancar. Saya harap kesihatan anak saya akan lebih baik. Buat masa ini Alhamdulillah. Cuma di badan dan mukanya ada bintik-bintik merah,” ujarnya Datuk Yusof lagi.
Pengarah filem "KL Gangster" itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.
Majlis pernikahan Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, Sabtu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...