Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

5 Sebab Awek taknak anda

5-sebab-awek-taknak-anda

Pelik kenapa tiada awek nak dekat anda,biarpun anda lagi kacak daripada Khairy Jamaluddin? Mari kita lihat sebab-sebab yang mungkin mengakibatkan gadis Malaya menjauhi anda.

Pentingkan diri sendiri

Hello, kami perempuan, tidak berminat nak dengar tentang betapa hebatnya anda main bola. Belajar daripada lelaki tua, mereka akan biar perempuan bercakap dan tumpukan pada apa yang mereka katakan. Sikap pandai mendengar ini yang menarik perhatian awek kepada anda.

Jaga penampilan

Anda nak teman wanita macam Neelofa, tetapi anda bergaya macam tukang jaga kerbau dekat Rembau. Macam mana nak tarik perhatian Neelofa jika selekeh? Padankanlah cara bergaya dengan wanita idaman. 

Badan anda tak mantap macam David Beckham

Ingat lelaki sahaja suka perempuan cun? Perempuan pun mahukan jejaka tampan. Kalau tiada 6 pack macam David Beckham, janganlah harap dapat awek berbadan macam peragwati Victoria’s Secret.

Anda tak reti mengayat

Pernah dengar perkataan cheesy atau corny? Ya, setiap kali anda cuba mengayat perempuan, itu yang keluar dan perempuan akan rasa geli dengan anda. Nak mengayat, biar betul dan kena pada cara. Gunakan kata-kata yang nampak macho, bukan siul macam Mat Rempit.

Mungkin anda tidak cukup jantan

Bukanlah tidak cukup jantan dari segi apa, tetapi kalau anda sukakan warna lembut seperti pink, kadang kala wanita juga tertanya betul ke dia ini sukakan perempuan. Jadi belajar-belajarlah berpenampilan seperti seorang lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...