Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Keputusan BR1M 2014 untuk pemohon berjaya duit disalur ke akaun bank

Bagi pemohonan BR1M 3.0 tahun 2014 yang berjaya, nilai wang bantuan mengikut kriteria yang telah ditetapkan itu akan disalurkan ke dalam akaun bank penerima
Informasi ini adalah berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan yang disiarkan media, memaklumkan bahawa duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan
 keputusan br1m 2014 pemohon berjaya duit masuk ke akaun bank
KEPUTUSAN BR1M 2014 PEMOHON BERJAYA DUIT MASUK KE AKAUN BANK
Bagaimana pula dengan penerima BR1M sebelum ini yang mendapat duit bantuan itu secara manual?
Jika difahami kenyataan terbabit, penerima BR1M terdahulu akan mendapat duit bantuan berkenaan menerusi slip jemputan melalui pos untuk mengambil dan tebus baucer bantuan di lokasi dan tarikh seperti yang telah dinyatakan
Jikalau mahu duit BR1M disalurkan terus ke dalam akaun bank, penerima sebelum ini perlulah mengemaskini dengan memberikan maklumat akaun bank
Bagi yang tiada akaun bank, duit bantuan berkenaan akan dapat secara manual seperti dahulu juga
Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari https://ebr1m.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran
Dalam pada itu, keputusan permohonan sama ada berjaya atau tidak akan diberitahu menerusi surat jawapan yang akan dihantar ke alamat pemohon atau email semasa mengisi borang secara manual ataupun online di internet
Penerima yang layak akan mendapat pembayaran bermula bulan Februari 2014 mengikut fasa atau secara berperingkat-peringkat
Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my


My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/keputusan-br1m-2014-pemohon-berjaya-duit-masuk-ke-akaun-bank#ixzz2omZXbSec

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...