Nuffnang

CARI KANDUNGAN BLOG MAN PERLIS

Loading

Wireless Adapter Untuk Meningkatkan Signal Wifi Anda

dari: http://younginternetmaster.blogspot.com/2012/11/wireless-adapter-untuk-meningkatkan.html
Apakah itu wireless adapter?

Wireless adapter atau wifi booster adalah sejenis peralatan komputer atau laptop iaitu khas untuk menarik signal wifi dari jauh. Dengan menggunakan wireless adapter ini, sekiranya laptop anda tidak mempunyai internal wireless card atau wireless adapter, anda boleh dapatkan external wireless adapter. Jika laptop anda sudah ada wireless card, tiada masalah juga untuk menggunakan external wireless adapter. 

Fungsinya sama sahaja dengan wireless card yang berada di dalam laptop anda, cuma kelebihan External wireless adapter adalah boleh menarik wifi yang berada dari jauh dalam 3km hingga 5km bergantung kepada antenna yang ada pada wireless adapter tersebut. Jikalau normal wireless card yang ada pada laptop dalam 300 kaki boleh tarik wifi. jadi, anda bayangkanlah bertapa kuatnya External wireless card yang menarik wifi dari 3km hingga 5km!

Tetapi, tidak semua wireless adapter dapat menarik wifi dari jauh sehingga 3km kerana wireless adapter terdapat beberapa jenis. ada jenis wireless adapter sekecil pendrive yang khas digunakan untuk dikawasan rumah sahaja atau khas untuk pengguna laptop yang tidak mempunyai wireless card boleh dapatkan wireless adapter yang bersaiz pendrive ini. 

anda boleh lihat di sini beberapa jenis wireless adapter dari kecil hingga ke besar.







Anda boleh klik pada gambar untuk besarkan.

Untuk pengetahuan anda, wireless adapter yang lebih besar saiznya boleh diganti antennanya dengan antenna yang lain. sekiranya, setiap antenna ada bezanya iaitu dari segi kekuatan dan jarak berapa jauh wireless adapter tersebut dapat tarik. jadi, belilah wireless adapter mengikut kesesuaian anda. di Malaysia, saya yakin ramai yang sudah memiliki wireless adapter ini lebih-lebih lagi orang yang selalu menggunakan internet dan yang melakukan segala aktiviti seperti menulis blog dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, ada terdapat banyak jenama wireless adapter yang terdapat di Malaysia, tetapi kebanyakannya dari China. tetapi anda jangan memandang rendah dengan wireless adapter dari china. banyak orang yang menggunakan wireless adapter dari china menyuarakan pendapat mereka tentang wireless adapter yang mereka guna adalah sangat bagus dan wifi juga boleh ditarik dari jauh sehingga 3km. bukan sahaja di Malaysia, dari negara lain yang jauh seperti Amerika, UK, dan sebagainya turut membeli wireless adapter dari china.

Apakah jenama/Brand Wireless adapter yang ada di Malaysia?

terdapat banyak jenis wireless adapter yang ada di Malaysia dijual oleh penjual. ada yang menjual di kedai-kedai elektronik dan ada juga yang menjual secara online. Jenama/brand wireless adapter atau wifi booster yang dikenali di Malaysia ialah Alfa, Signalking, Edup, Kinamax dan banyak lagi. setiap jenama mempunyai kelebihan masing-masing. ada yang bagus, ada yang kurang dari yang lain. Anda boleh melihat sendiri fungsi-fungsi setiap jenama wireless adapter di kedai online atau boleh tanyakan soalan kepada penjual.

Berapakah Harga wireless adapter di Malaysia?

Setiap kedai mempunyai harga yang berbeza. harga juga berbeza mengikut jenama, kekuatan dan model wireless adapter tersebut. Harga wireless adapter selalunya berharga dalam  RM50 hingga RM200. jika hendak yang murah, carilah yang murah dan ia tidak akan mengecewakan anda. anda tidak perlu risau jika wifi bar anda tidak berapa banyak yang ditarik oleh wireless adapter milik anda kerana anda boleh upgrade antenna anda.

Dimanakah saya boleh dapatkan wireless adapter di Malaysia?

anda boleh cari di kedai-kedai berdekatan dengan tempat tinggal anda. Jika anda hendak membeli secara online, anda boleh ke Facebook Netkizon: 

atau anda boleh juga melawati laman web mereka di:

Netkizon ada menjual pelbagai jenis wireless adapter dari jenama Alfa, signalking, kinamax, edup dan banyak lagi. Netkizon juga menjual peralatan komputer yang lain seperti pendrive, mouse dan keyboard. Mereka juga ada menjual android tablet pelbagai jenama yang paling ramai digunakan. jika anda berminat, anda boleh ke Facebook Netkizon untuk keterangan lanjut.Netkizon Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Loading...